Thursday, September 11, 2008

REHLAH MUSIM PANAS

Saya, abi dan umi bersiar-siar kat Momtozah.




Di Taman Momtazah yang mengkagumkan.




Cantikkan kebun kurma kat sini? Best...



Wah..! Seronoknya dapat pegang bunga raya...



Seronok betul abi ajar saya berjalan!


Nyam..Nyamm..Sedapnya aiskrim ni.


Hish..ish..ape kebendenye ni??














[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, September 10, 2008

Nak tahu siapa Adi Putra??

Biodata Adi
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.


Tentang Adi

"OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah". Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.

Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 - 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua - punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.

Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.

Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.

Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.

Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.

Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.

Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.

Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.

Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.

"Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.

"Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.

"Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra... mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu," katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.

Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.

"Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

"Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman," kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

"Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran," katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.

"Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.

"Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

"Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.

"Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1," katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.

Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.

"Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak' walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.

"Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain," katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.

Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

"Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta," kata Adi Putra.

Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

Kejayaan Adi

Mencipta Modul Sifir 10jam Matematik untuk sekolah rendah
Mencipta formula/kaedah baru dalam pengiraan Matematik (sehingga kini berjumlah 183 formula)?
Kini sedang mempelajari 8 bahasa dan menghafal Al-Quran
dan banyak lagi...

[+/-] Selengkapnya...

Monday, September 8, 2008

"Adik mengalami keadaan yang menyeksakan.."






Assalamualaikum... Photobucket Image HostingKawan-kawan apa khabar? Izzayyik? Harapan semoga kalian semua ceria-ceria dan "manja-manja" di pangkuan mama dan baba..Photobucket Image Hosting


Baru-baru ni Syathibi tidak sihat. Hampir seminggu saya demam. Photobucket Image HostingKali ini memang teruk... Badan saya menjadi lemah dan tidak mampu bergerak. Saya sedari hal ini apabila bangun dari tidur suatu pagi. Hari itu saya tidak seperti selalu... untuk merangkak pun tidak mampu apatah lagi berdiri.. Kaki dan tangan tidak daya untuk diangkat. Tubuh saya seakan terkulai persis tumbuhan yang tidak disirami air.. Ohh..! Begitu mengharukan. Riak kesedihan muncul di wajah saya. Hanya boleh berpaling ke kiri dan kanan sambil berbaring. Lagu nyanyian saya adalah tangisan sakit kepala.


Kasihan abi.. Kasihan ummi.. Tidak pernah merungut dalam menjaga saya. Tambahan pula waktu itu ummi dalam fatrah peperiksaan. Sunnguh berat dugaan untuk ummi. Lebih-lebih lagi sebelum saya demam saya mengalami sembelit. Pilu hati ummi melihat saya menangis untuk membuang air besar. Seketika, saya merasakan ada titisan-titisan panas suam gugur jatuh di atas bahu saya. Ummi, Syathibi tidak sengaja membuatkan ummi menangis bersama tetapi kesakitan tika itu tidak mampu ditanggung oleh kudrat Syathibi yang kecil ini.


Untuk beberapa hari ummi mengkhabari yang saya berak berdarah. Kata ummi," Sabarlah sayang...esok kamu akan sembuh.." diselangi dengan senyuman kelat ummi. Ummi menyuapkan saya "zabadi" (yogurt) bercampur madu yang abi belikan supaya saya lawas membuang air besar. Seketika kemudian saya terkentut diiringi teranan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi. Saya tidak putus asa meneran dan meneran sambil dibantu ummi. Akhirnya saya berjaya mengeluarkan berketul-ketul najis lama selama beberapa hari tidak dapat membuangnya. Saya merasakan tubuh saya lemah diikuti dengan demam keesokan harinya.


Seperti biasa ummi dan abi melumurkan jus asam jawa di kepala agar lekas kebah. Keadaan menjadi semakin tidak selesa kerana gusi bawah saya berasa sangat gatal. Lalu saya menggunakan lidah saya untuk menggaru. Waktu itu saya dapat merasakan ada satu benda keras melekat di gusi. Ingin saya buang dengan lidah tetapi tidak berjaya. Ummi dan abi cuma tersenyum pada saya sambil mengintai-ngintai mulut saya lalu tertawa. Saya amat sakit hati dengan mereka lalu merapatkan bibir apabila jari ummi dan abi menghampiri mulut saya. Saya tutup kemas-kemas namun saya tidak dapat menghentikan tawa mereka. Apa yanng lucu???


Hehe.. rupanya saya tumbuh gigi..!


Photobucket Image Hosting Kini usia saya dua hari lagi masuk tujuh bulan. Kawan-kawan, doakan saya sembuh ye?!

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, August 21, 2008

KENALI PERKEMBANGAN OTAK ANAK ANDA

Manusia adalah pemikir ulung sejak usia dini dalam perkembangan kehidupannya. Saat bayi tumbuh, pasti akan belajar jalan dan bicara, mengelompokkan dan membuat perbedaan-perbedaan. Perkembangan otak pada anak usia sekolah membuat anak bisa memahami pengertian yang lebih sulit sehingga dapat mengatur emosi-emosi irasionalnya.

Ketika bayi lahir, otak adalah alat kompleks yang mengandung semua neuron, atau sel-sel otak yang akan dimilikinya. Sebelum umur 2 tahun, bayi benar-benar berpikir secara harafiah (benda akan ada saat dia melihatnya). Pada usia 5 tahun, anak mulai mengerti bahwa tindakan-tindakannya mempunyai konsekuensi. Sehingga bisa mempertimbangkan akibat-akibat logis dari tindakannya. Kemungkinan kecil anak dapat menghindari sesuatu yang membahayakan dirinya.


Saat usia 6-8 tahun, bagian depan otak mengalami perkembangan yang cepat. Anak mulai bisa membuat rencana ke depan, memikirkan akibat dari tindakannya dan mengikuti pemikiran yang logis.

Sedangkan pada usia 9-10 tahun, anak mengembangkan ketrampilan baru, kemampuan untuk mengolah lagi semua masalah-masalah emosional dan memandangnya dengan cara baru. Dia mulai bisa berpikir secara logis serta rasional tentang perasaan negatif, bahkan mereka mulai bisa mengendalikannya.

Untuk usia 10 tahun anak mulai mengembangkan kemampuan mental dalam mengatasi perasaan yang tidak logis. Perubahan hormonal masa puber sekali lagi akan menimbulkan tantangan untuk menguasai perubahan baru lainnya.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, August 13, 2008

Meh pantun sama-sama

ulat buku ulat bulu,
hari ni saya bangun dulu.

umi kata saya degil,
hari ni dah jatuh katil.

kononnya nak jadi supermen,
kan dah jatuh atas simen.

tum tum nbuk nbuk,
saya jatuh bunyi "kedebuk"!

bedak dari beras,
duk dalam rakit,
budak la buas,
bolehla sakit.

jangan ketawa,
saya menangis...waaaa!!!!!

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, August 12, 2008

Kenangan dengan keluarga ummi...

Photobucket

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, August 7, 2008

Urutan perkembangan fizikal dan kemahiran bayi mengikut bulan.


[+/-] Selengkapnya...