Thursday, August 7, 2008

Ummi...saya demam.


Apabila usia saya menginjak bulan saya hampir demam dibuatnya. Pada umur saya lima bulan yang lepas dua hari saya demam teruk. Ummi abi terpaksa melumurkan air asam jawa di kepala saya agar kepanasan suhu badan menurun. Waktu itu saya mengalami pening-pening dan keadaan tubuh saya yang kurang selesa. Ummi sarungkan baju lengan panjang, seluar panjang, serta stokin kerana tangan dan kaki saya sejuk walhal cuaca di sini kira-kira 30 darjah sama seperti suhu badan manusia. Betapa saya dalam keadaan sejuk?
Tika ini umur saya hampir menjejak enam bulan. Peluh dingin mula memercik di ubun-ubun, tepi dahi kira-kira mampir dengan telinga saya dan basah di belakang kepala. Seram sejuk mula terasa setiap menjelang waktu asar. Saya menangis tidak keruan sambil melentok badan ke belakang persis ala-ala seorang ahli gimnastik. Hah! saya mendapat satu ide lalu saya memegang dan menarik kaki kiri saya rapat ke mulut dan menghisap ibu jari kaki. Nak tahu apa manfaatnya? Angin di perut saya berpusu-pusu beratur keluar mengikut saluran dubur. "POOoottt.... PUUuuuttttt....Puuuutttt...." Lega rasanya.

No comments: