Thursday, September 11, 2008

REHLAH MUSIM PANAS

Saya, abi dan umi bersiar-siar kat Momtozah.




Di Taman Momtazah yang mengkagumkan.




Cantikkan kebun kurma kat sini? Best...



Wah..! Seronoknya dapat pegang bunga raya...



Seronok betul abi ajar saya berjalan!


Nyam..Nyamm..Sedapnya aiskrim ni.


Hish..ish..ape kebendenye ni??














[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, September 10, 2008

Nak tahu siapa Adi Putra??

Biodata Adi
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
T/Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Belajar : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,
UIA Malaysia,
Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.


Tentang Adi

"OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah". Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.

Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 - 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua - punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.

Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.

Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.

Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.

Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.

Dalam pertemuan dengan Berita Minggu, memang terasa kebolehannya adalah pemberian Tuhan dan Adi Putra mungkin satu dalam sejuta yang memiliki kecerdasan akliah seperti itu.

Bapanya yang lebih awal mengenal pasti keistimewaan anaknya menanam pelbagai usaha menguji sendiri tahap kecerdasannya dengan membimbing dan mengajar asas matematik pada usia Adi Putra seawal tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya melebihi kanak-kanak biasa.

Abdul Ghani yang berasal dari Terengganu, sebelum ini juga pernah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya, Amirul Izuan, 10, yang ketika itu di Tahun Dua.

Beliau yang kini bertugas sebagai Juruteknik Tenaga Nasional Berhad di Bagan Serai, berkata, anaknya mempunyai hasrat mahu menjadi seorang pakar matematik Islam di samping menjadi seorang yang tahfiz al-Quran.

Menurutnya, beliau dan isterinya, Serihana Alias, 30, mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu.

Beliau teringin sangat menamakan anaknya Adi Putra dan setelah menjalankan sedikit kajian Abd Ghani mendapati “Adi Putra” adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah.

"Pada waktu itu kami juga tidak membuat imbasan untuk melihat jantina anak kami. Kemudian saya bertanyakan kepada seorang yang berkemahiran dalam ilmu mistik, bolehkah saya menamakan anak saya Adi Putra.

"Orang itu berkata nama itu keras dan anak yang diberikan akan menangis tiga hari tiga malam jika tidak serasi dengannya dan perkara itu tidak berlaku kepada Adi Putra.

"Tidak pula saya sangka akan mendapat anak lelaki kerana saya benar-benar teringin menamakannya Adi Putra... mungkin sebab itu dia suka bermain pedang jika ternampak kayu," katanya sambil ketawa.

Abdul Ghani berkata, orang itu juga telah meminta isteri saya supaya membaca al-Quran sepanjang mengandungkan anak ketiganya.

Ibunya, Serihana berkata, dia gemar membaca surah Maryam, Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian ketika waktu lapang ketika mengandungkannya.

Serihana berkata, dia juga tidak dapat melupakan peristiwa bermimpi melihat sebutir berlian di langit, hasil gabungan lima bintang yang cukup terang dan bersinar ketika berusia belasan tahun iaitu sebelum berkahwin dengan Abdul Ghani.

"Pancaran sinar itu cukup kuat sehingga seperti melekat pada muka saya, sejak mimpi itu saya sentiasa tertanya-tanya maksudnya dan hari ini saya rasakan ia ada kaitan dengan kelahiran Adi Putra.

"Mengandungkannya tidak sama seperti mengandungkan dua anak yang lain. Naluri untuk mengaji dan membaca tiga surah berkenaan lebih kuat. Kalau hari ini saya membaca surah Maryam berulang-ulang kali, keesokannya pula saya membaca surah Yusuf dan Luqman," kata.

Bagaimanapun, Serihana yang mendirikan rumah tangga dengan Abdul Ghani sewaktu berusia 18 tahun, berkata amalan membaca al-Quran ketika mengandung sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya.

"Ketika mengandungkan dua anak yang lain iaitu Amirul Izuan, 10, dan Seri Amelia, 8, saya tidak menumpukan kepada tiga surah saja, sebaliknya akan membaca keseluruhan surah dalam al-Quran," katanya yang pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Slim River, Perak, selama lima tahun.

Adi Putra dikatakan adalah seorang kanak-kanak yang pelik yang tidur hanya selepas jam 4 pagi dan banyak menggunakan masanya awal paginya antara jam 12 hingga 4 pagi cuba menyelesaikan masalah matematik yang diberikan bapanya.

"Dia memang aktif selepas jam 12 malam, bermain dan menjawab soalan yang disediakan bapanya. Tetapi dia tidak akan menjawab soalan itu di hadapan kami kecuali kami memintanya menerangkan bagaimana dia memperoleh jawapan itu.

"Dia jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kanak-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

"Kami mengajar Adi Putra mengenali angka 1-100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna.

"Sambil dia mengira gula-gula itu dia juga mengenal warna. Dia juga seorang yang jujur, jika dia mahukan aiskrim 20 sen, 20 sen yang digunakan walaupun diberikan RM1," katanya.

Serihana yang bangga dengan pencapaian anaknya, berkata Adi Putra juga berbeza daripada adik beradik yang lain kerana mempunyai rasa hormat dan budi pekerti tinggi ketika bersama ibu bapanya.

Adi Putra bukan seorang kanak-kanak yang suka menunjukkan kebolehannya kepada orang lain malah seorang pemalu. Kanak-kanak ini juga dididik penuh kasih sayang dan sangat manja bersama kedua ibu bapanya.

"Dia tidak pernah lupa mengucapkan `terima kasih pak' walaupun berkongsi segelas air oren bersama bapanya. Kami tidak ajar atau memaksanya bersifat sedemikian kerana itu memang cara dia.

"Kadang-kala kami juga kagum dengan kebolehannya sehingga kami terpaksa memujuknya mengajarkan kepada kami. Kami perlu faham dulu cara dia menyelesaikan masalah matematik sebelum mengajarkan kepada orang lain," katanya.

Kanak-kanak genius ini juga tidak bangga dengan kebolehannya yang sejak kebelakangan ini mendapat perhatian meluas daripada media atau pihak tertentu yang mahu beliau bekerja bersamanya serta bantu membimbingnya.

Malah, bapanya sendiri mengakui anak bongsunya itu pelik apabila mendapati dia turut menanam azam tinggi untuk menabur bakti seperti idolanya iaitu Naib Canselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh.

"Adi nak jadi pandai seperti Prof Dr Ismail, kerana dia pandai walaupun dia buta," kata Adi Putra.

Banyak lagi hendak dikatakan mengenai Adi Putra, mungkin bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dianugerahi bakat ini sendiri dapat menceritakan mengenai kehebatan dan kepintarannya.

Kejayaan Adi

Mencipta Modul Sifir 10jam Matematik untuk sekolah rendah
Mencipta formula/kaedah baru dalam pengiraan Matematik (sehingga kini berjumlah 183 formula)?
Kini sedang mempelajari 8 bahasa dan menghafal Al-Quran
dan banyak lagi...

[+/-] Selengkapnya...

Monday, September 8, 2008

"Adik mengalami keadaan yang menyeksakan.."






Assalamualaikum... Photobucket Image HostingKawan-kawan apa khabar? Izzayyik? Harapan semoga kalian semua ceria-ceria dan "manja-manja" di pangkuan mama dan baba..Photobucket Image Hosting


Baru-baru ni Syathibi tidak sihat. Hampir seminggu saya demam. Photobucket Image HostingKali ini memang teruk... Badan saya menjadi lemah dan tidak mampu bergerak. Saya sedari hal ini apabila bangun dari tidur suatu pagi. Hari itu saya tidak seperti selalu... untuk merangkak pun tidak mampu apatah lagi berdiri.. Kaki dan tangan tidak daya untuk diangkat. Tubuh saya seakan terkulai persis tumbuhan yang tidak disirami air.. Ohh..! Begitu mengharukan. Riak kesedihan muncul di wajah saya. Hanya boleh berpaling ke kiri dan kanan sambil berbaring. Lagu nyanyian saya adalah tangisan sakit kepala.


Kasihan abi.. Kasihan ummi.. Tidak pernah merungut dalam menjaga saya. Tambahan pula waktu itu ummi dalam fatrah peperiksaan. Sunnguh berat dugaan untuk ummi. Lebih-lebih lagi sebelum saya demam saya mengalami sembelit. Pilu hati ummi melihat saya menangis untuk membuang air besar. Seketika, saya merasakan ada titisan-titisan panas suam gugur jatuh di atas bahu saya. Ummi, Syathibi tidak sengaja membuatkan ummi menangis bersama tetapi kesakitan tika itu tidak mampu ditanggung oleh kudrat Syathibi yang kecil ini.


Untuk beberapa hari ummi mengkhabari yang saya berak berdarah. Kata ummi," Sabarlah sayang...esok kamu akan sembuh.." diselangi dengan senyuman kelat ummi. Ummi menyuapkan saya "zabadi" (yogurt) bercampur madu yang abi belikan supaya saya lawas membuang air besar. Seketika kemudian saya terkentut diiringi teranan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi. Saya tidak putus asa meneran dan meneran sambil dibantu ummi. Akhirnya saya berjaya mengeluarkan berketul-ketul najis lama selama beberapa hari tidak dapat membuangnya. Saya merasakan tubuh saya lemah diikuti dengan demam keesokan harinya.


Seperti biasa ummi dan abi melumurkan jus asam jawa di kepala agar lekas kebah. Keadaan menjadi semakin tidak selesa kerana gusi bawah saya berasa sangat gatal. Lalu saya menggunakan lidah saya untuk menggaru. Waktu itu saya dapat merasakan ada satu benda keras melekat di gusi. Ingin saya buang dengan lidah tetapi tidak berjaya. Ummi dan abi cuma tersenyum pada saya sambil mengintai-ngintai mulut saya lalu tertawa. Saya amat sakit hati dengan mereka lalu merapatkan bibir apabila jari ummi dan abi menghampiri mulut saya. Saya tutup kemas-kemas namun saya tidak dapat menghentikan tawa mereka. Apa yanng lucu???


Hehe.. rupanya saya tumbuh gigi..!


Photobucket Image Hosting Kini usia saya dua hari lagi masuk tujuh bulan. Kawan-kawan, doakan saya sembuh ye?!

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, August 21, 2008

KENALI PERKEMBANGAN OTAK ANAK ANDA

Manusia adalah pemikir ulung sejak usia dini dalam perkembangan kehidupannya. Saat bayi tumbuh, pasti akan belajar jalan dan bicara, mengelompokkan dan membuat perbedaan-perbedaan. Perkembangan otak pada anak usia sekolah membuat anak bisa memahami pengertian yang lebih sulit sehingga dapat mengatur emosi-emosi irasionalnya.

Ketika bayi lahir, otak adalah alat kompleks yang mengandung semua neuron, atau sel-sel otak yang akan dimilikinya. Sebelum umur 2 tahun, bayi benar-benar berpikir secara harafiah (benda akan ada saat dia melihatnya). Pada usia 5 tahun, anak mulai mengerti bahwa tindakan-tindakannya mempunyai konsekuensi. Sehingga bisa mempertimbangkan akibat-akibat logis dari tindakannya. Kemungkinan kecil anak dapat menghindari sesuatu yang membahayakan dirinya.


Saat usia 6-8 tahun, bagian depan otak mengalami perkembangan yang cepat. Anak mulai bisa membuat rencana ke depan, memikirkan akibat dari tindakannya dan mengikuti pemikiran yang logis.

Sedangkan pada usia 9-10 tahun, anak mengembangkan ketrampilan baru, kemampuan untuk mengolah lagi semua masalah-masalah emosional dan memandangnya dengan cara baru. Dia mulai bisa berpikir secara logis serta rasional tentang perasaan negatif, bahkan mereka mulai bisa mengendalikannya.

Untuk usia 10 tahun anak mulai mengembangkan kemampuan mental dalam mengatasi perasaan yang tidak logis. Perubahan hormonal masa puber sekali lagi akan menimbulkan tantangan untuk menguasai perubahan baru lainnya.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, August 13, 2008

Meh pantun sama-sama

ulat buku ulat bulu,
hari ni saya bangun dulu.

umi kata saya degil,
hari ni dah jatuh katil.

kononnya nak jadi supermen,
kan dah jatuh atas simen.

tum tum nbuk nbuk,
saya jatuh bunyi "kedebuk"!

bedak dari beras,
duk dalam rakit,
budak la buas,
bolehla sakit.

jangan ketawa,
saya menangis...waaaa!!!!!

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, August 12, 2008

Kenangan dengan keluarga ummi...

Photobucket

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, August 7, 2008

Urutan perkembangan fizikal dan kemahiran bayi mengikut bulan.


[+/-] Selengkapnya...

Ummi...saya demam.


Apabila usia saya menginjak bulan saya hampir demam dibuatnya. Pada umur saya lima bulan yang lepas dua hari saya demam teruk. Ummi abi terpaksa melumurkan air asam jawa di kepala saya agar kepanasan suhu badan menurun. Waktu itu saya mengalami pening-pening dan keadaan tubuh saya yang kurang selesa. Ummi sarungkan baju lengan panjang, seluar panjang, serta stokin kerana tangan dan kaki saya sejuk walhal cuaca di sini kira-kira 30 darjah sama seperti suhu badan manusia. Betapa saya dalam keadaan sejuk?
Tika ini umur saya hampir menjejak enam bulan. Peluh dingin mula memercik di ubun-ubun, tepi dahi kira-kira mampir dengan telinga saya dan basah di belakang kepala. Seram sejuk mula terasa setiap menjelang waktu asar. Saya menangis tidak keruan sambil melentok badan ke belakang persis ala-ala seorang ahli gimnastik. Hah! saya mendapat satu ide lalu saya memegang dan menarik kaki kiri saya rapat ke mulut dan menghisap ibu jari kaki. Nak tahu apa manfaatnya? Angin di perut saya berpusu-pusu beratur keluar mengikut saluran dubur. "POOoottt.... PUUuuuttttt....Puuuutttt...." Lega rasanya.

[+/-] Selengkapnya...

Syathibi rindu......


Sekiannya Syathibi tidak pernah menjejakkan kaki di tanah bumi Malaysia. Kata ummi abi di Malaysialah duduknya bangsa Melayu dan keturunan saya. Lebih-lebih lagi nenek,atuk, tok, dan tokwan. Semuanya sedang menunggu rindu akan kepulangan si kecil Syathibi. Saya juga rindukan mereka semua. Pada bulan 4 yang lalu tok dan tokwan sudi menziarahi saya di bumi ardhul kinanah ini.

Saya amat gembira sekali dan tidak lupa pula saya mempersembahkan aksi saya pada masa itu. Apabila dibaringkan segera saya mengangkat kepala dan bahu seolah-olah ingin terus bangun bermain bersama MakNdak waktu itu. Mak Ndak tidak pernah lekang menemani saya menukar lampin, membasuh, mandi dan memakaikan pakaian untuk saya. Tidak lupa juga buat tok dan tok ayah yang menghadiahi saya pakaian baru yang cantik sekali. Baju berwarna kundang yang dihiasi kucing comel di tepi baju serta seluarnya sering saya pakai. Sungguh selesa saya menyarungnya.

Dua orang TokLong saya juga tidak terkecuali. Berderai ketawa saya apabila dihagah mereka berdua. Sungguh mencuitkan hati saya dengan wajah-wajah lucu mereka.Paling tidak lupa kenangan paling terindah sekali dalam sejarah hidup sabagai "baby comel" ialah berak di atas toknek yang juga ikut serta rombongan bersama tok dan tok ayah. Walaupun kudratnya tidak segagah usia mudanya saya kagum dengan toknek yang mahu melihat saya di sini. Hadiahnya, saya memberikan kenangan indah itu untuk toknek imbaskan di kala masa senjanya. Habis ribaan toknek penuh dengan najis kuning saya. Sungguh tidak sangka waktu itu betul-betul saya puas meneran setelah tiga hari saya tidak dapat melepaskannya. Kali itu memang melucukan.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, July 29, 2008

CHAYYOK ANAKKU!!


Pada dinihari ini ummi begitu amat bersemangat setelah membaca artikel di bawah. Lebih-lebih lagi pada ayat yang berbunyi :

"How many babies crawl at four months? Both Ainan and Tiarnan did. How many babies walk at six months, steadily, confidently and freely? Ainan did. Fintan was crawling at six months and walking at eight months. These too are a kind of baby genius."


Syathibi, adakah kamu tahu apakah yang ummi maksudkan?

Yahh..kamu adalah salah seorang dari golongan mereka, one of the kind of baby genius. Manakan tidak? Kamu seakan mahu bangun bermain setelah beberapa jam keluar dari perut ummi. Kenapa ummi berkata begitu? -->>kerana kamu dengan sekuat hatinya mengangkat kepala. Waktu itu ummi berasa begitu pelik bagaimanakah keadaan ini boleh berlakku? Wahh..! Subhanallah!

Seawal usia 1bulan setengah kamu telah mengeluarkan beberapa perkataan yang jelas seperti "..ga" "..edap" dan ect.


Tepat umurmu 3bulan kamu sudah betah meniarap dan menggulingkan badan. Sehingga saat itu kamu masih berusaha mengangkat kepala disertai tangan dana kakimu untuk bangun. Ummi katakan padamu cara itu tidak kena namun ummi menolong kamu untuk bangun. Terkekeh-kekeh tawamu berderai seusai dapat bangun berdiri. Kamu mula melompat-lompat.., lalu ummi nyanyikan lagu "lompat si katak lompat, lompat tinggi-tinggi, cepat Syathibi cepat agar boleh mengaji."


Kali ini kamu masih tidak mengecewakan ummi dan abi. tepat usiamu 5bulan kamu sudah pandai merangkak. Sedari ummi akan pergerakanmu setelah kamu berjaya mencapai makananmu di dalam mangkuk kuning, ingat tak lagi? Sejak dari itu kamu ligat untuk ke mana-mana.


Sekarang Syathibi sedang belajar untuk duduk sendiri. Perlahan-lahan buntutnya diangkat sebelum berjaya untuk duduk. Agaknya Syathibi sedang berfikir "Adakah ini langkah yang betul untuk duduk?"


To be continue...


[+/-] Selengkapnya...

How Is A Child Prodigy Made? Valentine Cawley’s Blog Reveals The Secrets Of The Science And Education Of Baby Genius


Ainan Celeste Cawley, six, a former baby genius, is a scientific child prodigy, with a general gift and education in science: in physics, chemistry, cell biology and astronomy. He also has a gift for music and art. Fintan Nadym Cawley, three, is a natural actor, with a leadership gift – and an ear for music. Tiarnan Hasyl Cawley, eight months, and a baby genius, has all the precociousness of another nascent child prodigy - and a gift for music.




How many babies speak their first word in their first month? Ainan did. How many spea first in their second month? Tiarnan did. This is the first sign of baby genius.

How many babies crawl at four months? Both Ainan and Tiarnan did. How many babies walk at six months, steadily, confidently and freely? Ainan did. Fintan was crawling at six months and walking at eight months. These too are a kind of baby genius.Who could read their first letters at eight months? Who can remember their own birth? Who could climb into and out of their own cot at eight months? Ainan could do all of these things.

Commenting on this unusually early child development, Valentine Cawley, their father, said: "I believe it is a sign of perfect health of body and mind, that all should work so well, so young."What was done to nurture such gifts? Who are the parents who made the children as they are? What insights can others gain into child genius from their example? This creative blog will reveal all, day by day.

What is a scientific child prodigy? It is a child, aged 11 or under, who shows an adult level of ability in a scientific area. It is a child whose thinking is far beyond their years, who can match or exceed the intellectual function of an adult in at least one area. Ainan Celeste Cawley, at just six years old, is one such. His reading is adult science material on the net, his questions are often unanswerable by adult scientists. This has been proven by sitting him down with a group of scientists and letting him ask away: generally a ruminative silence is all that meets his questions. (Or an adult effort at deflecting the question, so as to preserve their ego.) It is quite refreshing that a six year old can befuddle professionals, in this way.

Although he is self-educated, not having had the opportunity for a conventional school education in his chosen subjects, he proves a match for those of who have such an education – and who are adult, as well.

For a story about his scientific ambition go to: http://scientific-child-prodigy.blogspot.com/2006/09/grand-ambition-of-genius.html

Ainan’s interests in science are many, from astronomy, to halogen chemistry, from black holes, to cell biology, and the properties of the elements, particularly the super-heavy transuranics and the transfermium elements. He is fond of compounds, solution chemistry, electrolysis and knows the periodic table by heart. His vision and self-education are wide, ranging across the disciplines of physics, biology and chemistry – though with a particular emphasis on the latter. Sometimes his insight seems prophetic, for he sees what is possible, rather than what is merely now. He is able to look ahead and see what might be, from what is. Click here for a typical story about Ainan’s scientific insight: http://scientific-child-prodigy.blogspot.com/2006/09/is-genius-prophetic.html

How about Tiarnan, what makes him a baby genius, and probable child prodigy in the making? Well, he spoke his first words at two months, began crawling at four months, climbing upstairs at five months and two weeks, climbing downstairs at eight months exactly – a very difficult physical feat indeed, for one so young.

Furthermore, he is very sensitive to music, reacting with understanding. Tiarnan is a baby who sings himself to sleep.

He loves words and gains pleasure from literature, reacting as if he understands its emotional qualities: smiling when he should smile, becoming unhappy when he should be so (he has been doing this since birth). He is very good at deducing the cause of every effect, connecting the two at once, and pointing to the cause. In this he shows the beginnings of an observational scientist.

Fintan is a boy whose imagination is all powerful. He can live inside the conjured creations of his mind. This is what makes him a natural actor. But he is more than that. He is a natural leader, too, whom others follow.


"The Cawley family, of Singapore: Valentine Cawley, 38, Irish. A man who has lived many lives: actor, writer, performance artist (appearing on CNN and Reuters, among others, as “Lord Valentine the Misplaced” ), government physicist (at 17), Arts magazine founder and editor (at 22), Cambridge University graduate (a place that proved unwelcoming to anyone who dared showed signs of creativity) – and teacher. He is readying two books for publication. He is ambidextrous, which allows him to write in two colours, at once, on the board, with both hands – to the amusement of his students.

He showed childhood gifts for science, music, art, acting, writing and academia.

Syahidah Osman Cawley, 27, Malay. Apart from being eternally youthful, she has a gift for Art, being able to draw the lines of a face, with clarity and perception, rendering each with a personal style that has no comparison. Incidentally, she is an ambidextrous artist and can draw with both hands simultaneously.

Ainan Celeste Cawley, 6. Born 23rd November 1999. Genius. Child Prodigy. Young scientist. Former pianist, composer. Gifted in art and music. Retentive memory. Highly creative. Probably the world’s earliest talker, earliest walker, earliest runner.
Very early reader (first signs at eight months).

Fintan Nadym Cawley, 3. Born June 25th 2003. Highly imaginative, can see the world he creates in his mind. Gifted child actor. Leadership qualities. Whimsical sense of humour. Original thinker. Asks peculiar questions. Physically strong, robust. Brave. Very sweet natured. Very good memory. Able to read, to a degree. A happy child.

Tiarnan Hasyl Cawley, 8 months. Born January 20th 2006. Baby genius. Musically and poetically sensitive. Very quick to understand the cause of things. One of the world’s earliest talkers and crawlers. Courageous. Highly emotional. Uses three word sentences occasionally. (The mean age for this is 23 months.).


[+/-] Selengkapnya...

Ainan Pelajar Tahun Tiga Institusi Menengah Tinggi Termuda Dunia


Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 12 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak pintar yang mendapat liputan meluas kerana lulus Peperiksaan 'O' Level bagi mata pelajaran kimia ketika berusia tujuh tahun pada 2007, kini diterima belajar di Singapore Polytechnic dan menjadi pelajar termuda di dunia mengikuti pengajian tahun tiga bagi modul institusi menengah tinggi.

Ainan Celeste Cawley, 8, yang berketurunan Ireland-Melayu, mengikuti pengajian bagi pelbagai modul kimia berasaskan makmal, termasuk pengajian tahun satu, dua dan tiga.Pada mulanya, Ainan mengambil mata pelajaran Analisis Kimia dan Fizikal sebelum mengikuti modul Kimia Inorganik dan Organik tahun pertama, modul Sureh, Unsur Transisi dan Kompleks tahun dua dan modul Wangi-wangian dan Kimia Haruman tahun tiga.

Kanak-kanak yang neneknya, Sabariah Abdul Wahab, 51, berasal dari dari Parit Ya'ani, Johor ini, menduduki peperiksaan GCE 'O'Level pada Januari tahun lepas sebagai pelajar persendirian di British Council.Namanya tercatat dalam 'The Singapore Book of Records' sebagai kanak-kanak paling muda yang lulus peperiksaan kendalian London Edexcel Board itu.Periksaan 'O'Level bertaraf lebih tinggi daripada standard Lulusan Sekolah Tinggi Amerika dan lulusan peperiksaan ini diterima masuk secara terus bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah oleh universiti Amerika.

Setelah lulus peperiksaan itu, Ainan mencari universiti di seluruh dunia yang sedia menerimanya melanjutkan pelajaran, sebelum pencariannya berakhir di politeknik berkenaan.Pada sesi pertama pengajian melibatkan ujian makmal, kanak-kanak ini berjaya memenuhi semua syarat yang ditetapkan dan ini menyangkal andaian sesetengah pihak bahawa kanak-kanak seusianya tidak mampu melakukan uji kaji makmal dengan berkesan.Antara uji kaji yang telah dilakukan oleh Ainan ialah penyediaan isoamyl acetate (minyak pisang) dan pengasingan limonene daripada buah-buahan sitrus(uji kaji bagi tahun petama) dan penghabluran semula asid benzoik dan penyediaan serta penghabluran aspirin (uji kaji tahun pertama).

Malah, Ainan bersama dua adiknya - Fintan, 4, dan Tiarnan, 2, - berjaya menghasilkan minyak wangi dengan menggunakan bahan kimia sebagai hadiah untuk ibu mereka sempena sambutan hari ibu.Ketua Bahagian Analisis Kimia Singapore Polytechnic Dr Ng Kok Chin berkata pihaknya belum pernah menemui kanak-kanak sehebat Ainan.Bapa Ainan, ahli fizik dan penulis, Valentine Muhammad Cawley dan ibunya Syahidah Osman Cawley, berkata anak mereka amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang mengasah kemahiran sebagai ahli sains makmal di politeknik itu.-- BERNAMA

[+/-] Selengkapnya...

Friday, July 25, 2008

Saya perwira umi abi.


"Aaa.aaa..hmm.. Waaa..!!" itulah keluhan saya apabila apa yang diusahai tidak dapat dicapai lagi. Argh..saya dilahirkan begitu cepat dari perut ummi manakan tidak boleh untuk saya menjadi seorang perwira. Yahh.. perwira ummi dan abi tercinta. Menggelongsor dari perut ummi kurang dari 30 minit tepat akhir subuh saya disambut bidan Dr. Amal di Hospital Mabrah. Bayi comel itu adalah saya- bermuka bulat dan berkulit gebu dengan mata yang tertutup. Barangkali saya waktu itu terlalu penat setelah menghempas pulas untuk keluar menjengah dunia yang penuh cabaran yang berliku. Senyuman terawal saya berikan kepada abi yang waktu itu menggendong saya untuk diazan- kalimah terawal saya dengari. Begitu menusuk kalbu persis sebola cahaya menerangi hati ini.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, July 14, 2008

FuHh..

Hai..! berjumpa lagi! tak sia-sia Syathibi mempelajari cara-cara buat blog ni. Apapun salah satu tujuan saya membina tapak blog ni adalah untuk menambahkan koleksi kenangan saya dari saya lahir hinggalah saya besar nanti.. blog ni akan saya warisi, insyaAllah. Puas hati walaupun ada sedikit kecacatan sekurang-kurangnya saya dah pandai nak wat blog! hehehe.. Satu lagi blog ni akan menceritakan tentang peristiwa sehari-hari dalam kehidupan saya. Dalam erti kate lain ianya sebagai sebuah diari elektronik! Sangat menarik bukan? Tambahan, saya akan memberikan informasi-informasi terkini kepada kawan-kawan yang seusia saya! Akhirnya.. selamat melayari rumah comel saya ni... :)

[+/-] Selengkapnya...

Friday, July 11, 2008

Asssalamualaikum buat semua...

Salam dan selamat sejahtera Syathibi ucapkan buat umi abi dan kawan-kawan yang sudi menziarahi blog Syathibi ni. Sudi-sudilah datang ke rumah! hehehe..

[+/-] Selengkapnya...

Monday, July 7, 2008

assalamualaikum

salam buat abi dan umi..

[+/-] Selengkapnya...