Tuesday, July 29, 2008

CHAYYOK ANAKKU!!


Pada dinihari ini ummi begitu amat bersemangat setelah membaca artikel di bawah. Lebih-lebih lagi pada ayat yang berbunyi :

"How many babies crawl at four months? Both Ainan and Tiarnan did. How many babies walk at six months, steadily, confidently and freely? Ainan did. Fintan was crawling at six months and walking at eight months. These too are a kind of baby genius."


Syathibi, adakah kamu tahu apakah yang ummi maksudkan?

Yahh..kamu adalah salah seorang dari golongan mereka, one of the kind of baby genius. Manakan tidak? Kamu seakan mahu bangun bermain setelah beberapa jam keluar dari perut ummi. Kenapa ummi berkata begitu? -->>kerana kamu dengan sekuat hatinya mengangkat kepala. Waktu itu ummi berasa begitu pelik bagaimanakah keadaan ini boleh berlakku? Wahh..! Subhanallah!

Seawal usia 1bulan setengah kamu telah mengeluarkan beberapa perkataan yang jelas seperti "..ga" "..edap" dan ect.


Tepat umurmu 3bulan kamu sudah betah meniarap dan menggulingkan badan. Sehingga saat itu kamu masih berusaha mengangkat kepala disertai tangan dana kakimu untuk bangun. Ummi katakan padamu cara itu tidak kena namun ummi menolong kamu untuk bangun. Terkekeh-kekeh tawamu berderai seusai dapat bangun berdiri. Kamu mula melompat-lompat.., lalu ummi nyanyikan lagu "lompat si katak lompat, lompat tinggi-tinggi, cepat Syathibi cepat agar boleh mengaji."


Kali ini kamu masih tidak mengecewakan ummi dan abi. tepat usiamu 5bulan kamu sudah pandai merangkak. Sedari ummi akan pergerakanmu setelah kamu berjaya mencapai makananmu di dalam mangkuk kuning, ingat tak lagi? Sejak dari itu kamu ligat untuk ke mana-mana.


Sekarang Syathibi sedang belajar untuk duduk sendiri. Perlahan-lahan buntutnya diangkat sebelum berjaya untuk duduk. Agaknya Syathibi sedang berfikir "Adakah ini langkah yang betul untuk duduk?"


To be continue...


No comments: